Kelas Nadi Mahir Jahit (Minggu 4)
13 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 12 Ogos 2025, telah berlangsung Kelas Mahir Jahit secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 3:00 petang sehingga 4:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus Mahir Jahit pada minggu ini ialah minggu keempat untuk pengambilan ke-2 tahun 2025. Minggu ini mendraf pola apron. Pola adalah kepingan bentuk asas pakaian yang dilukis rata pada permukaan kertas. Pola asas terdiri daripada : Pola badan hadapan, Pola badan belakang, Pola Tangan dan Pola skirt hadapan dan belakang. Cikgu menerang dan menunjukkan simbol asas pada pola, garisan asas pola. Kemudian, cikgu menerangkan ciri-ciri apron yang pelajar perlu buat mengikut kreativiti sendiri.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: